Saturday, April 10, 2010

Program Bang Bang BOOM STAR. "Hidup atau Mati"



Tahniah kepada pihak kaunselor pelajar SMKSI kerana telah menganjurkan program Bang Bang BOOM STAR kepada murid-murid STAR SPM pada 10/4/10 di Dewan Besar SMKSI mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai matlamatnya. Antara pengisian program ini ialah "ICE BREAKING" dan aktiviti "TEAM BUILDING". Pelbagai aktiviti dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta mewujudkan semangat kerjasama bagi memantapkan prestasi bersama.

Bagi pihak Projek SPM, kami amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberi oleh murid-murid. Peserta program begitu seronok mengikuti program ini dan kebanyakannya memberi respon yang positif. Dalam "Ledakan" tersebut adakah anda akan "survive" atau kecundang? Segala-galanya memerlukan kegigihan, strategi dan ketabahan dalam perjuangan. Berdasarkan penelitian melalui aktititi yang dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa sekiranya anda ingin "survive" anda perlu:
i. Fokus kepada segala arahan dan objektif tugasan yang dijalankan.
ii. Tentukan strategi yang perlu anda lakukan.
iii. Tanamkan semangat kerjasama dan setia kawan.
iv. Bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu tugasan walaupun mudah.
v. Bantu rakan yang lemah atau dalam kesusahan.
vi. Elakkan sifat mementingkan diri sendiri.
vii.Kenal pasti siap musuh dan siapa sahabat anda...


Sunday, April 4, 2010

Wacana SPM 2010

Wacana SPM yang diadakan pada 22 Mac 2010 telah menampilkan pelajar-pelajar cemerlang SPM 2009 untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membuat persediaan SPM dengan bakal calon SPM 2010. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn. Mariam Nawawi, GPK Pentadbiran, dan Pn Noraini Hassan selaku Pengurus Projek Menengah Atas. Banyak kaedah, teknik dan cara yang digunakan namun bagi mereka setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Yang penting kita harus pandai memanipulasikan masa yang ada secara optimum. Munurut sdri Nurul Aqilah, banyak gangguan yang sering dilalui oleh pelajar, umpamanya mengantuk, telefon bimbit dan sebagainya. Beliau menasihati adik-adik bakal calon SPM 2010, perlu bijak menangani masalah ini dengan disertai kekuatan azam yang jitu. Sdr. Lau Lik Sing pula menjelaskan bahawa selain membaca dan menguasai topik-topik yang dipelajari, murid perlu mengetahui teknik-teknik khusus dalam menjawab soalan, kerana tanpa teknik yang betul murid tidak mampu untuk mendapat markah yang tinggi. Selain itu, sdri Nor Farhana Hanany pula mengingatkan pelajar supaya menghampiri dan menghormati guru-guru yang mengajar, dan memberi fokus dalam P&P di bilik darjah juga perbanyakkan solat hajat bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. Oleh itu selaku Penyelaras Projek SPM 2010 saya menyeru murid-murid calon SPM 2010 ikutilah siri Seminar dan Perbengkelan Menjawab Soalan yang dianjurkan, dan disampaikan oleh guru-guru cemerlang dan berpengalaman, yang dijemput khas untuk anda. Jika bukan anda yang menghargainya....SIAPA LAGI! Tepuk dada tanya selera.

SPM 2009 "Hasilnya Berbaloi"









Kembali ke blog ujana yang telah sekian lama terpendam arakian semua administratornya terlalu sibuk menelaah. Namun hasilnya berbaloi kerana 8 orang telah berjaya meraih Straight A's termasuk ketua jawatan kuasa pengendali blog ini. Segala usaha yang dicurahkan mampu mengukir kejayaan gemilang di samping membentuk personaliti yang berketrampilan, kematangan intelek dan keupayaan merancang. Syabas dan tahniah... kini ujana akan hidup kembali dan akan diusahakan oleh pengendali baru.

Friday, October 2, 2009

Trial exam

SPM Trial exam had finished and the results had also received by us. Here i need to congratulate to Aqilah and Farhana, because they have achieved straight A's in thier trial examination. Other students also achieve vry good results and the further information about our results will be post in the future. If u r interested about the results v got, please stay tune here and i will post it as fast as posible. By the way, i want to say good luck to the SPM candidates this year n raise our efforts in the next 47 days.

SeMaRaK HaRi RaYa






At the first of October, our school had organised a program, called Semarak Hari Raya to celebrate Hari Raya Aidilfitri. Every class of the school had thier own special party and the independent menu. Well, 5AF students had paid RM10 per person to buy nasi beriani and ribena. So thx for Farhana and her aunt for helping us to prepare the delicious dishes. Others members of 5AF had contributed thier DIY food such as cookies, cakes, and beef rendang which prepared by our dearest form teacher Cikgu Nor Fadhilatul. She cooked it until 2am in the morning n thx for her vry much. Let us c some interesting pic here.

Wednesday, January 21, 2009

Perlancaran Blog Ujana Alfarabi!

Majlis Perlancaran Blog Ujana Alfarabi 92! Finally our blogs had launched! Stay tuned on us n thx for my classmates n co-workers on these blogs.