Saturday, April 10, 2010

Program Bang Bang BOOM STAR. "Hidup atau Mati"



Tahniah kepada pihak kaunselor pelajar SMKSI kerana telah menganjurkan program Bang Bang BOOM STAR kepada murid-murid STAR SPM pada 10/4/10 di Dewan Besar SMKSI mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai matlamatnya. Antara pengisian program ini ialah "ICE BREAKING" dan aktiviti "TEAM BUILDING". Pelbagai aktiviti dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta mewujudkan semangat kerjasama bagi memantapkan prestasi bersama.

Bagi pihak Projek SPM, kami amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberi oleh murid-murid. Peserta program begitu seronok mengikuti program ini dan kebanyakannya memberi respon yang positif. Dalam "Ledakan" tersebut adakah anda akan "survive" atau kecundang? Segala-galanya memerlukan kegigihan, strategi dan ketabahan dalam perjuangan. Berdasarkan penelitian melalui aktititi yang dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa sekiranya anda ingin "survive" anda perlu:
i. Fokus kepada segala arahan dan objektif tugasan yang dijalankan.
ii. Tentukan strategi yang perlu anda lakukan.
iii. Tanamkan semangat kerjasama dan setia kawan.
iv. Bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu tugasan walaupun mudah.
v. Bantu rakan yang lemah atau dalam kesusahan.
vi. Elakkan sifat mementingkan diri sendiri.
vii.Kenal pasti siap musuh dan siapa sahabat anda...


No comments: