Sunday, April 4, 2010

Wacana SPM 2010

Wacana SPM yang diadakan pada 22 Mac 2010 telah menampilkan pelajar-pelajar cemerlang SPM 2009 untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membuat persediaan SPM dengan bakal calon SPM 2010. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn. Mariam Nawawi, GPK Pentadbiran, dan Pn Noraini Hassan selaku Pengurus Projek Menengah Atas. Banyak kaedah, teknik dan cara yang digunakan namun bagi mereka setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Yang penting kita harus pandai memanipulasikan masa yang ada secara optimum. Munurut sdri Nurul Aqilah, banyak gangguan yang sering dilalui oleh pelajar, umpamanya mengantuk, telefon bimbit dan sebagainya. Beliau menasihati adik-adik bakal calon SPM 2010, perlu bijak menangani masalah ini dengan disertai kekuatan azam yang jitu. Sdr. Lau Lik Sing pula menjelaskan bahawa selain membaca dan menguasai topik-topik yang dipelajari, murid perlu mengetahui teknik-teknik khusus dalam menjawab soalan, kerana tanpa teknik yang betul murid tidak mampu untuk mendapat markah yang tinggi. Selain itu, sdri Nor Farhana Hanany pula mengingatkan pelajar supaya menghampiri dan menghormati guru-guru yang mengajar, dan memberi fokus dalam P&P di bilik darjah juga perbanyakkan solat hajat bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. Oleh itu selaku Penyelaras Projek SPM 2010 saya menyeru murid-murid calon SPM 2010 ikutilah siri Seminar dan Perbengkelan Menjawab Soalan yang dianjurkan, dan disampaikan oleh guru-guru cemerlang dan berpengalaman, yang dijemput khas untuk anda. Jika bukan anda yang menghargainya....SIAPA LAGI! Tepuk dada tanya selera.

No comments: