Monday, April 12, 2010

WARKAH BUAT CIKGU

Saya tertarik dengan warkah ini dan saya ingin berkongsi warkah buat semua. Saya bersyukur dan gembira kerana wujud nilai penghargaan dalam diri pelajar terhadap guru-guru mereka. Kepada pelajar Tingkatan 5 jadikan warkah ini sebagai, "Yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

Warkah Buat Cikgu

Assalamualaikum, cikgu.
Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya.

Apa khabar cikgu? Semoga sentiasa berada dalam sihat sejahtera. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala tunjuk ajar daripada cikgu khasnya dalam subjek Bahasa Melayu sehingga melayakkan saya untuk mendapat A+ dalam keputusan SPM. Memang. Mungkin (baca: Memang) sebelum ini saya telah membawa banyak masalah kepada cikgu (baca: semua cikgu) dalam banyak perkara, khasnya dalam hal-hal disiplin.

Oleh itu, saya memohon ribuan maaf atas setiap apa yang telah saya lakukan ketika saya menjadi anak murid cikgu akan hal-hal yang kurang menyenangkan hati cikgu terhadap saya. Kesedaran ini timbul setelah saya merenung kembali akan pentingnya keberkatan daripada setiap guru-guru saya untuk saya menjalani kehidupan-kehidupan yang masih panjang di atas muka bumi dengan izin Allah SWT.

Mohon bantuan cikgu jua untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya terhadap bekas-bekas guru saya yang lain di SMKSI khasnya Ustazah Amalina hingga melayakkan saya mendapat A+ dalam subjek PAI, Cikgu Marina dan Cikgu Rozita yang telah membantu saya mendapat A dalam subjek Sains dan Matematik. Moga guru-guru saya sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Setakat ini sahaja yang dapat saya perkatakan dalam warkah ini. Doa saya, semoga cikgu dan guru-guru saya yang lain terus berjuang dalam menitipkan ilmu ke dalam dada anak bangsa yang sentiasa dahaga akan curahan ilmu daripada guru-guru seperti cikgu yang ikhlas dalam perjuangannya.

Wassalam.
Muridmu

Murid 2

cg2...

salam....cg..time kasih bnyak22..(walaupon tau..time kasih pon xcukup)...utk sume yg tlh cg bagi-ilmu...sokongan...masa...tenaga....sume2 la cg....
dr f4 lagi cg gilap bakat kami sume bdk2 AF...before, know and forver......kami ttp kenang jasa cg.....
semoga bdk2 AF taun akan dtg akan dpt rase pengalaman n kenangan yg kami dpt spanjg bergelar anak murid cg.......once a tchr,always will be!!!!


2 comments:

Shafiq Izwan said...

bila nak update blog nie lagi. saya rindu sekolah.

Shafiq Izwan said...

Update update! Hehe.